PETALING JAYA: Lebih 10 kerusi Parlimen bakal menyaksikan pertembungan yang tidak disangka melibatkan nama-nama besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pertembungan kali ini melibatkan calon-calon Perdana Menteri, Menteri Besar dan beberapa orang bekas menteri dan timbalan menteri serta pemimpin tertinggi parti masing-masing. Antara kerusi yang paling menjadi tumpuan dalam PRU kali ini ialah Parlimen Tambun yang menyaksikan pertembungan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penyandang kerusi, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Ini kerana, Anwar merupakan calon Perdana Menteri kepada Pakatan Harapan (PH) manakala Ahmad Faizal merupakan Timbalan Presiden Bersatu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya