Pertahan hak semua bangsa jika PH dapat mandat - Anwar

Pertahan hak semua bangsa jika PH dapat mandat – Anwar

ANWAR Ibrahim berucap dalam majlis minum petang bersama penyokong PH di Shah Alam, Selangor, semalam. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Agenda memartabatkan bangsa Melayu akan terus dipertahankan sekiranya rakyat memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negara.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan harapan beliau, dalam masa yang sama agama Islam dan kedudukan raja-raja Melayu turut akan terus diperkukuh dengan tidak akan bertolak ansur bagi mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat perkara itu.

“Saya juga akan pertahankan hak semua kaum Cina, India, Orang Asli, Sabah, Sarawak kerana inilah Malaysia yang kita kena terima, hormat orang supaya dia hormat pada kita, kasih pada dia, supaya dia kasih kepada kita,” katanya dalam Jamuan Rakyat di sini, semalam.

Malah, Anwar berkata, beliau turut akan menggunakan rangkaian antarabangsanya untuk terus meningkatkan ekonomi negara dengan membawa banyak pelabur ke dalam negara.

“Nak jadi pemimpin kena ada rencana ekonomi, ada hubungan antarabangsa yang baik, boleh bercakap dengan Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Eropah, Arab, Turki, India, China.

“Sebab apa saya kekalkan komunikasi (dengan pihak luar negara) sampai sekarang? Mesej Presiden Turki, mesej kawan daripada AS.

“Saya nak guna itu. Erdogan jika kamu saudara saya, Emir Qatar kalau kamu dah baik dengan saya, sebaik saja saya ambil alih kuasa, panggil orang-orang ini minta tolong bawa pengusaha, bawa pelabur datang angkat semula ekonomi Malaysia. bagi galakan kepada orang Melayu, jangan bagi ketinggalan.

“Siapa kata nak tinggalkan orang Melayu? Tapi orang Cina berniaga, nak berniaga, biarlah, buat apa nak sekat dia,” soalnya.

Pada masa sama, Anwar menyindir Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh DAP menyokong komunis, sedangkan (Abdul Hadi) pernah berpelukan dengan pemimpin DAP seperti Pengerusinya, Lim Guan Eng suatu ketika dahulu.

“Kalau betul ada (DAP) yang komunis laporlah. Polis ada, ambillah tindakan. Saya tiada simpati. Tapi (sebenarnya) tak setuju dengan kita, jadi (tuduh) komunis.

“Hari itu yang kamu peluk Guan Eng? Hadi ini peluk Guan Eng lebih erat daripada saya peluk Guan Eng. Boleh tengok gambar.

“Dulu DAP yang sokong dia, sekarang uni DAP komunis, DAP anti-Perlembagaan, DAP nak jajah Malaysia. Apa benda ni ustaz,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya