Perjuangan politik rentasi percaturan kuota wanita, calon -Zahid

Perjuangan politik rentasi percaturan kuota wanita, calon -Zahid

AHMAD Zahid Hamidi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjuangan politik merentasi percaturan kuota wanita dan calon Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, banyak faktor diambil kira BN dalam berdepan ibu segala pilihan raya kali ini agar resipi kejayaan benar-benar tercapai. 

Beliau berkata, kadangkala ia sukar difahami sesetengah pihak, kurang diyakini, malah, ada memperlekehkan strategi itu, namun, tidak semua strategi dan senjata sulit boleh didedahkan dalam perjuangan ke arah kemenangan besar. 

Katanya, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor membuktikan strategi BN berkempen dan membuat perubahan dalam pemilihan calon memberikan impak besar kepada keputusan pilihan raya meskipun ia diperlekehkan sebelum kemenangan itu. 

“Dalam menggabung jalin segala strategi ke arah kemenangan ini, perjuangan ini merentasi jantina dan etnik. Dalam isu jantina, memang kita sedaya upaya memenuhi agar pengisian tersebut memenuhi permintaan wanita. 

“Kita cuba penuhi sedaya upaya, namun, dalam kita cuba penuhi tersebut ada bantahan kalangan pihak tertentu misalnya ada calon penyandang calon lelaki misalnya tidak mahu memberikan laluan tersebut kerana masih mahu bertanding mengekalkan kuasa seperti di Padang Besar, Perlis. 

“Kita juga meletakkan calon wanita di Tanjung Karang sebagai mengiktiraf peranan perjuangan wanita. Kita sedaya upaya meletakkan calon wanita sebanyak mungkin. Saya kira bukan sahaja BN, akan tetapi parti-parti lain bukan BN juga lakukan perkara sama. 

“Namun, dalam memastikan kemenangan perjuangan parti merentasi agenda jantina,  maknanya peranan jantina penting, tetapi aspek taktikal kawasan ditandingi calon juga merentasi faktor jantina,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Semalam, media melaporkan, wanita UMNO membangkitkan rasa tidak puas hati dengan senarai calon BN kerana dikatakan gagal menterjemah janji pucuk pimpinan BN menetapkan kuota 30 peratus calon wanita pada pilihan raya kali ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, dalam soal etnik, pemilihan calon untuk memenangi sesebuah kawasan parlimen tidak melihat warna kulit, etnik dan jantina etnik. 

Beliau berkata, sesiapa sahaja dilihat boleh menang dan memiliki ciri WALI atau menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable) akan dipertaruhkan untuk bertanding. 

“Semua calon terbaik, namun, ada nilai tambah yang perlu untuk penyegaran (revival) parti agar berdaya saing dan bercirikan politik generasi masa depan. 

“Dengan kata lain kalau boleh diungkapkan sebagai ” tidaklah kisah sama ada warna kucing tersebut, hitam atau putih atau warna apa sekali pun, atau gender apa sekali pun  asalkan ia berkemampuan mengalahkan tikus”. 

“Jadi, tidak timbul isu kononnya ada bias jantina atau warna kulit. Sebaliknya perjuangan manusia sejagat melangkaui warna kulit dan biologi. Maknanya juga kemenangan akan datang dengan menggunakan senjata politik mekanisme terbaik  yang merentasi segala aspek pertimbangan,” katanya. 

Jelas beliau, apa pun strategi kemenangan ia juga sebahagian daripada langkah taktikal parti, namun adalah tidak benar, propaganda malah suatu fitnah besar kononnya pemimpin parti mahu mengecilkan kemenangan BN  untuk memberikan kemenangan kepada PH. 

Katanya, ini kerana semua parti mahu kemenangan besar termasuk parti baru bertanding. 

“Fitnah terdesak ini datangnya pemimpin yang selalu menggunakan agama untuk berkuasa dalam politik tetapi tidak menggambarkan erti perjuangan sebenar. Terlalu mudah mengkafirkan orang yang tidak bersetuju seperti Amanat pernah dikeluarkan pada tahun 1981. 

“Insya-Allah, UMNO khususnya dan BN keseluruhannya terus memilih kesederhanaan dalam politik sesuai dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini. 

“Kita mahu kemenangan besar BN sebagai wadah penting dalam memperjuangkan politik kesederhanaan selama ini terbukti mampu menjamin kestabilan politik dan kemakmuran negara,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya