PETALING JAYA: Kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu bersandarkan perbincangan intelektual berkaitan masa depan negara dan bukannya retorik atau lawak jenaka semata-mata. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Dr. Sivamurugan Pandian berpandangan, pendekatan dan penjenamaan kempen kali ini harus berubah berbanding pilihan raya lepas yang lebih menjurus kepada isu-isu panas semata-mata. Katanya, ini kerana negara dalam era pasca pandemik yang mana berlakunya pelbagai dugaan, keperitan hidup dan pengangguran. Sehubungan itu, katanya, calon dan parti harus memberi tumpuan kepada isu tempatan berbanding isu nasional semata. “Isu nasional masih penting seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya