KUALA TERENGGANU: Tujuh kerusi parlimen di negeri ini menyaksikan pertandingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.
Sementara itu, kerusi Parlimen Dungun melibatkan persaingan lima calon apabila mereka menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon, Dewan Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya, Dungun.
Penampilan pengamal undang-undang, Ghazali Ismail yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Dungun menjadikan beliau sebagai calon Bebas tunggal di Terengganu.
Tujuh Parlimen yang melibatkan pertarungan empat penjuru ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Kemaman.
Calon-calon lain yang bertanding di Parlimen Dungun ialah calon Pas, Wan Hassan Mohd. Ramli, calon Barisan Nasional (BN), Nurhisam Johari, calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr. Mohd. Johari Mohamad dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Noraisah Hasan.
Sementara itu, tujuh lagi Parlimen yang melibatkan persaingan empat penjuru adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Kemaman.
Selain itu, kerusi Parlimen Kuala Nerus yang turut melibatkan pertembungan empat penjuru akan menjadi perhatian apabila penyandang kerusi Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali bertanding atas tiket BN keluat Pas pada Mac lalu.
KUALA NERUS
Tiga calon lain bertanding di Parlimen Kuala Nerus ialah calon PN, Datuk Dr. Alias Razak, calon PH, Datuk Seri Suhaimi Hashim dan calon Pejuang, Azhar Wahid.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijai, Datuk Seri Ahmad Said pula dinaikkan ‘pangkat’ bertanding di Parlimen Kemaman.
Calon-calon lain yang akan mencabar Ahmad ialah calon PN, Che Alias Hamid, calon PH, Hasuni Sudin dan calon Pejuang, Rosli Ab. Ghani.
Dalam pada itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Awang terus mempertahankan kerusi Parlimen Marang yang dimenangi dua penggal berturut-turut pada PRU13 dan PRU14.
Beliau akan dicabar oleh calon BN, Jasmira Othman, calon Pejuang, Zarawi Sulong dan calon PH, Azhar Abdul Shukur.- UTUSAN