Pemuda  tersepit  celah batu selepas dihanyut arus deras - Utusan Malaysia

Pemuda  tersepit  celah batu selepas dihanyut arus deras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Seorang pemuda ditemukan maut selepas dihanyutkan arus deras dan tersepit di celah batu di Sungai Semungkis di sini hari ini. 

Dalam kejadian  pukul 11.40 pagi, lelaki berusia 22 tahun itu ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata,  lima anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian. 

Menurut beliau, bomba berjaya mengeluarkan mangsa dengan bantuan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pukul 1.21 petang dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Kata Norazam, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya