PDRM jamin keselamatan di lokasi penamaan calon esok terkawal

PDRM jamin keselamatan di lokasi penamaan calon esok terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan memastikan keselamatan dan ketenteraman terkawal pada hari penamaan calon di semua lokasi terlibat pada Sabtu ini.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, seramai 31,183 petugas siap siaga untuk digerakkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Selain 31,183 petugas beruniform dan tidak beruniform, PDRM juga akan menggerakkan aset dron bagi menjalankan pemantauan.

“Semua pihak yang terlibat diseru agar memberi kerjasama dalam mematuhi undang-undang dan mengelak daripada melakukan sebarang provokasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penamaan calon bagi PRU15 akan berlangsung pada Sabtu di seluruh negara melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15).

Tempoh mengemukakan kertas penamaan calon bermula 9 hingga 10 pagi di 222 pusat penamaan calon antaranya terdiri daripada pejabat daerah, dewan orang ramai dan dewan sekolah di seluruh negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya