PD perlu pusat latihan industri hotel, minyak dan gas - Utusan Malaysia

PD perlu pusat latihan industri hotel, minyak dan gas

P. KAMALANATHAN (kanan) beramah mesra dengan pengusaha produk pekasam yang juga seorang OKU, Mohd. Alias Abu Bakar di pekan Port Dickson hari ini. UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Daerah Port Dickson memerlukan pusat latihan bagi industri minyak dan gas serta bidang perhotelan bagi memastikan anak muda tidak berhijrah dan mencari peluang kerja di tempat lain.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Port Dickson, Datuk P. Kamalanathan berkata, daerah ini mempunyai banyak potensi apatah lagi ia merupakan lokasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

“Perlunya diadakan sebuah pusat latihan tinggi untuk anak muda dilatih dalam bidang industri gas dan petroleum atau industri pelancongan, tidak perlu pergi jauh.

“Dapat latihan di sini dan dapat kerja di sini, itu akan membantu mereka menyara keluarga, ibu bapa tidak perlu khuatir anak pergi jauh untuk menyara keluarga, semua ada di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau sementara itu memaklumkan, selepas lebih lima hari kempen PRU15 berlangsung pelbagai maklum balas dan masalah yang diterimanya daripada penduduk.

“Apabila saya jumpa penghuni dan masyarakat Port Dickson, saya dapati banyak keperluan mereka yang masih belum diatasi. Contohnya, di pasar, peniaga memaklumkan kemudahan mereka memang terabai.

“Kebanyakannya juga mengadu tentang keperluan asas dan infrastruktur, apabila hujan, tengok jalan-jalan dibandar sudah banjir, ini kerana keperluan asas itu tidak dibaiki semula,” katanya lagi.-UTUSAN.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya