Pas biasa jadi pembangkang, UMNO tidak pernah - Rosli - Utusan Malaysia

Pas biasa jadi pembangkang, UMNO tidak pernah – Rosli

ROSLI ABDUL JABAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Pas sudah biasa menjadi pembangkang tetapi tidak UMNO yang membuat keputusan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri ini. 

Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabar berkata, parti itu kesal dengan sikap UMNO yang mana perjuangan asalnya adalah membela orang Melayu dan agama Islam namun kini berubah menjadi pembela DAP.

Jadi beliau berkata, Pas di negeri ini akan menjadi pembangkang dengan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana tidak bersedia bersama PH yang diterajui DAP. 

“Memang kesal dengan sikap UMNO yang sepatutnya menjadi parti yang membela orang Melayu, Islam tetapi kita tengok dia jadi pembela DAP.

“Kita (Pas) menjadi pembangkang kerana kita tidak bersedia untuk bersama sama dengan PH, kita akan menjadi pembangkang bagi tujuan semak dan imbang.

“Kami (Pas) dah biasa jadi pembangkang, UMNO yang tak pernah jadi pembangkang sebab itu dia sanggup kerjasama dengan PH. Ini satu tindakan yang tidak munasabah bagi UMNO,” katanya ketika ditemui selepas ceramah umum sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Kampung Mentara di sini semalam.

Rosli dalam pada itu menafikan Perikatan Nasional (PN) mahu menuntut semua jawatan Exco kerajaan negeri dalam rundingan bersama BN. 

“Kita layak memohon jawatan Menteri Besar disebabkan kita menang majoriti, UMNO yang tak layak mohon Menteri Besar kerana minoriti.

“Dakwaan kononnya PN nak semua jawatan Exco itu menipu, membohong tak pernah ada (dalam rundingan) PN nak semua Exco. Tapi kalau UMNO nak jadi Menteri Besar, komposisi Exco biarlah sama banyak, logik. Namun dia nak bersama PH,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah memberitahu, gabungan tersebut di negeri ini akan jadi pembangkang bermaruah bukannya pengemis.

“Orang menang 17 kerusi DUN dapat satu jawatan Exco, manakala yang menang lapan ditawar dua Exco.

“PN Pahang akan jadi pembangkang bermaruah bukan pengemis. Kita akan berkhidmat untuk rakyat demi rakyat. Tak mengapa jadi pembangkang tak bermakna kita duduk tepi longkang, kita berkhidmat. Ini takdir Allah SWT, nak berlawan dalam DUN,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya