Parlimen Pandan: Peratusan keluar mengundi 60.27 peratus - Utusan Malaysia

Parlimen Pandan: Peratusan keluar mengundi 60.27 peratus

Parlimen Pandan pada PRU15 merekodkan peratusan keluar mengundi pada pukul 2 petang naik kepada lebih 60 peratus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parlimen Pandan merekodkan peratusan keluar mengundi  60.27 peratus, setakat pukul 2 petang.

Pegawai Pengurus Pilihan Rayanya, Julaiha Jamaludin berkata, jumlah berkenaan melonjak berbanding 42.6 peratus yang direkodkan pada pukul 12 tengah hari tadi.

Menurut beliau, pemantauan mendapati rata-rata pengundi memilih keluar awal bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

“Ketika ini kebanyakan saluran satu dan dua Parlimen Pandan sudah kosong.

“Manakala sejak tengah hari tadi kita dapati ramai pengundi kali pertama yang berusia antara 18 hingga 22 tahun hadir ke pusat-pusat mengundi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.

Julaiha berkata, sebanyak 248 saluran disediakan di Parlimen Pandan dengan melibatkan 37 pusat mengundi.

Katanya, daripada jumlah itu, pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Perdana merekodkan jumlah pengundi tertinggi menerusi penyediaan 21 saluran.

Menurutnya, pusat mengundi itu turut merekodkan seramai 15 pengundi  positif Covid-19, namun  proses mengundi berjalan lancar dan terkawal.

“Saya menyeru orang ramai tidak berlengah atau menunggu sehingga lewat petang untuk menunaikan tanggungjawab,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya