Parlimen Ketereh: Calon PN `pelik’ belum terima watikah pelantikan - Utusan Malaysia

Parlimen Ketereh: Calon PN `pelik’ belum terima watikah pelantikan

Khlir Mohd. Nor semasa berucap ketika mengadakan pertemuan dengan kira-kira 500 veteran tentera di rumahnya di Kampung Kubang Kiat, Kadok, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Calon Perikatan Nasional (PN)  Parlimen Ketereh, Mejar Jeneral (B), Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa beliau belum menerima watikah pelantikan untuk proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.

Menurut Khlir, watikah untuk penggunaan logo bulan mewakili parti Pas yang ditandatangani Presiden Pas ,Tan Sri Abdul Hadi Awang sepatutnya diterima sebaik diumumkan sebagai calon malam kelmarin.

Dakwanya, perkara itu menimbulkan rasa pelik dan seperti ada sesuatu yang berlaku dan berkemungkinan ada kejutan menjelang esok.

“Setakat ini, saya belum menerima apa-apa watikah, saya nak guna lambang apa esok pada penamaan calon. Perkara ini seolah-olah mahu main-mainkan saya sedangkan saya dipilih, bukan sendiri mahu jadi calon.

“Sepatutnya, watikah pencalonan diterima semasa hari pengumuman calon (malam kelmarin), Saya tunggu sehingga pukul 8 pagi esok dan tetap akan ke Pusat Penamaan Calon,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 500 veteran tentera di rumahnya di Kampung Kubang Kiat, Kadok di sini hari ini.

Khlir yang merupakan calon  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), jika gagal dalam proses penamaan calon  di Majlis Daerah Ketereh esok, beliau mendesak agar pemimpin tertinggi PN memberi alasan kukuh berhubung perkara itu.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengakui beliau menerima banyak tawaran untuk bertanding di kerusi Parlimen Ketereh termasuk daripada PN.

Katanya, bagaimanapun, beliau tidak dapat menerima kesemua pelawaan tersebut atas prinsip diri dan kesetiaan beliau kepada UMNO dan BN.

“Calon PN dikerusi tersebut iaitu Khlir juga merupakan sahabat baik kepada saya.Saya tidak mahu berbohong. Memang calon PN (Khlir) tidak terima watikah sehingga hari ini sebab ada tawaran daripada PN untuk saya bertanding di Parlimen Ketereh. 

“Saya tidak boleh terima dan saya tidak sanggup sekat rezeki beliau di situ,” ujarnya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Watikah Calon BN Kelantan di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan di sini sebentar.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya