Orang persoal mana datang duit jika tidak isytihar harta -Anwar

Orang persoal mana datang duit jika tidak isytihar harta -Anwar

ANWAR Ibrahim ketika menyampaikan ceramah Jelajah Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tapak Pasar Malam, Bandar Baru Ampang, malam ini sebagai tanda sokongan kepada calon Parlimen Ampang, Rodziah Ismail. -UTUSAN/AQILAH MIOR KAMARULBAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Abdul Hadi Awang yang menyifatkan syarat PKR supaya calonnya mengisytiharkan harta adalah satu “kebodohan”.

Anwar yang juga calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Tambun berkata, cadangan pengisytiharan harta oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ada logik dan rasionalnya ekoran setiap sumber kewangan mereka akan dipersoalkan rakyat di kemudian hari.

“Bila jadi Perdana Menteri tiga tahun, kita jana RM30 bilion atau RM30 juta dan Nurul Izzah dapat RM5 juta, orang akan tanya sebab itu pentingnya isytiharkan harta.

“Kerana itu isytihar harta penting, jadi, Hadi Awang, tolonglah faham. Inilah yang jadi bila agama digunakan untuk melemahkan daya fikir serta kritis,” katanya dalam siri ceramah Jelajah Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tapak Pasar Malam, Bandar Baru Ampang, malam ini.

Terdahulu, Abdul Hadi yang juga timbalan pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, pendekatan itu seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.

Tambah Anwar, PH kini mendapat sokongan  Kumpulan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 sekali gus membuktikan parti ini diterima oleh semua golongan.

“Hari ini alhamdulillah 70 profesor utama Melayu bagi sokongan kepada PH. Inilah profesor yang ada keberanian bukan profesor ‘kangkung’,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Anwar menjanjikan pemulihan ekonomi sekiranya diangkat sebagai Perdana Menteri.

“Isu ekonomi tak dipedulikan (ketika pimpinan terdahulu) sebab pelaburan tidak dibawa masuk, harga barang terus naik, gaji rakyat tak naik tetapi bilangan menteri ditambah.

“Saya insya-Allah 20 haribulan November ini angkat sumpah, saya janjikan bilangan menteri dikurangkan, gaji menteri dikurangkan dan Perdana Menteri tidak akan ambil gaji,” jelasnya.

Katanya lagi, beliau akan bekerjasama dengan negara luar untuk menarik pelaburan sekali gus memulihkan ekonomi negara.

“Di Amerika, Eropah, China, India, Indonesia dan sahabat saya dari Turkiye, Iraq serta Qatar, kita guna kontak itu untuk bawa pelabur angkat balik ekonomi.

“Sementara untuk golongan muda kita akan fokus kepintaran digitalisasi. Kita akan beri pendedahan yang cukup sama ada di pejabat atau rumah agar diberi peluang pekerjaan yang lebih luas,” –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya