'Nik Abduh tidak bertanding, tiada isu matikan legasi Nik Aziz'

‘Nik Abduh tidak bertanding, tiada isu matikan legasi Nik Aziz’

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas menegaskan keputusan untuk tidak mencalonkan penyandang Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan untuk mematikan legasi bekas Musyidul Am Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Tok Guru.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti tidak mengenepikan Nik Mohamad Abduh, sebaliknya beliau sukarela menyerahkan kerusi tersebut kepada muka baharu.

Menurutnya, isu mematikan legasi Allahyarham Tok Guru itu tidak benar sama sekali kerana ia bukan bersifat individu, sebaliknya melibatkan dasar yang mahu diperjuangkan.

“Segala dasar polisi Tok Guru Nik kita akan teruskan. Justeru tidak timbul isu boikot di Parlimen berkenaan.

“Sepanjang tempoh berkempen, insya-Allah beliau (Nik Mohamad Abduh) akan membantu calon baharu di Parlimen berkenaan,” katanya selepas diminta mengulas berhubung isu nama Nik Mohamad Abduh digugurkan dari calon Perikatan Nasional pada PRU15 pada Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Penyandang kerusi Parlimen Kubang Kerian itu turut memberitahu, Mohd. Syahir Che Sulaiman merupakan rakan Nik Mohamed Abduh.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata, Pas tidak akan menggunakan pendekatan menyerang ‘batang’ tubuh lain pada PRU15 nanti.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya