Nik Abduh cetus polemik muat naik gambar bumi berwarna biru -

Nik Abduh cetus polemik muat naik gambar bumi berwarna biru

TANGKAP layar menunjukkan gambar bulan berwarna biru yang dimuat naik oleh Nik Mohamad Abduh sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna laman sosial sejak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan penyandang kerusi Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memuat naik gambar bumi berwarna biru dalam laman sosial Facebook miliknya semalam mencetuskan pelbagai polemik dalam kalangan warganet.

Gambar tersebut mendapat perkongsian sebanyak 158 tanda suka dan mengundangkan lebih 1,400 komen yang ditinggalkan oleh warganet.

Difahamkan nama anak kepada Mursyidul Am Pas dan juga Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu tidak tersenarai sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Selepas memuat naik gambar bumi berwarna biru, Nik Mohamad Abduh membuat satu hantaran yang menulis hati ibarat cermin dan jika ia bersih semua dapat melihat hakikat.

“Jika ia berkarat atau berdebu, kita hanya meneka. Kerana hati yang kotor, manusia hanya meneka dunia, bukan melihat hakikatnya. Begitulah kesesatan berlaku,” katanya.

Beberapa jam selepas itu, Nik Mohamad Abduh membuat satu lagi hantaran yang seolah-olah menggambarkan kesedihan beliau.

Pada PRU-14 lalu, Nik Mohamad Abduh yang bertanding di Bachok berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan PKR, Mohd Zulkifli Zakaria dengan majoriti 3,292 undi.

Nik Mohamad Abduh memperoleh  36,188 undi, BN (32,896) dan PKR (4,880). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya