Motosikal terbakar selepas bergesel lori

Motosikal terbakar selepas bergesel lori

MOTOSIKAL ditunggang mangsa meletup dan terbakar dalam kemalangan di Krubong Tampoi, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang warga emas yang juga pesara kerajaan maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori di lampu isyarat di Krubong Tampoi di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, mangsa, S. Thevadas, 68, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave cuba memotong lori berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati, lori tersebut dalam perjalanan dari arah Krubong Tampoi menghala ke Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA) berhampiran Krubong dan berhenti di lampu isyarat. 

“Bagaimanapun, apabila lampu isyarat bertukar hijau, mangsa yang datang dari arah kiri memotong ke arah kanan jalan menyebabkan berlaku pergeseran dengan lori berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Christopher, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Motosikal mangsa juga terbakar di tempat kejadian dan berjaya dipadamkan orang awam. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat dan spesimen darah pemandu lori berusia 57 tahun itu telah diambil bagi tujuan ujian alkohol dan dadah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya