Misi pembaharuan Parlimen Arau

Misi pembaharuan Parlimen Arau

ROZABIL Abd. Rahman (tiga dari kanan) beramah mesra dengan pemandu e-hailing di Arau, Perlis, semalam. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pembaharuan. Itu tekad yang ingin direalisasikan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Arau, Datuk Rozabil Abd. Rahman untuk merangsang ekonomi setempat.

Rozabil, 50, yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan mahu berkongsi penge­tahuannya da­lam membantu mencipta peluang-pelu­ang eko­nomi dan pekerjaan ke­pada penduduk terutama golongan muda di kawasan berkenaan.

Rozabil atau lebih mesra disapa Tok Ben berpengalaman sebagai Pengarah Eksekutif IRIS Corporation Berhad (2018-2019), Viztel Solution Berhad (2005-2008) dan kini sebagai Pengerusi Eksekutif Destini Berhad.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rozabil berkata, jika diberi peluang, beliau sudah tentu mahu melihat pembaharuan besar berlaku di kawasan Parlimen Arau.

Katanya, sebagai ahli perniagaan yang berada di ibu kota, beliau melihat bagaimana perbandingan anak-anak muda khu­susnya mencari rezeki di ibu kota dan di Perlis.

“Saya sudah ada beberapa idea untuk merangsang ekonomi di Arau ini dan harapan saya akan keluarkan impian saya ini dua tiga hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya di sini, semalam.

Parlimen Arau bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Rozabil, Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan calon Pakatan Harapan (PH), Fathin Amelina Fazlie.

Sementara itu, ditanya me­ngenai ketiga-tiga calon Parlimen BN di negeri ini dalam kalangan muka baharu yang berpontensi, Rozabil berkata, sebagai orang muda sudah tentunya lebih agresif dan pemikiran juga berbeza berban­ding orang-orang lama.

“Kini ramai pengundi baharu dan generasi muda yang baharu dan kita nak bagi satu aliran kepada mereka. Kalau kita masih mempunyai pemikiran yang lama, hanya buat perkara sedia ada saya tidak fikir Perlis akan sampai ke satu tahap seperti ne­geri-negeri maju dan pesat lain.

“Insya-Allah dengan pengalaman dan jaringan yang ada jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Arau, saya akan bekerjasama lebih rapat dengan kerajaan negeri kerana di bawah kerajaan negeri memberi pelbagai soko­ngan seperti kelulusan dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Rozabil berkata, beliau akan bertemu seramai mungkin pengundi supaya memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat di sini.

“Saya akan berjumpa seramai mungkin pengundi, merayu undi, saya tidak mahu membawa diri saya orang yang hebat atau apa, jumpa pengundi kenalkan diri saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya