Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran hadir ke mesyuarat

Mesyuarat MIC berkaitan keputusan bertanding PRU15 bermula

mic
S.A. VIGNESWARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran hadir ke mesyuarat tergempar MIC berkaitan penyertaan parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mesyuarat tergempar yang diadakan itu berkenaan keputusan MIC sama ada akan menerima atau menolak kerusi-kerusi ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini.

Sebelum ini, MIC dijangka bertanding 10 kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, selain satu lagi kerusi DUN di Pahang berdasarkan kepada sokongan masyarakat India yang semakin bertambah baik terhadap parti.

Semalam, pucuk pimpinan BN memperuntukkan 10 kerusi Parlimen kepada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

Terdapat ura-ura bahawa MIC tidak berpuas hati kerana Parti Makkal Sakti, Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) turut diberikan kerusi untuk bertanding di bawah tiket BN. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya