Masa Adnan lebih bersama dengan rakyat - Utusan Malaysia

Masa Adnan lebih bersama dengan rakyat

ADNAN Abu Hassan ketika bertemu dengan pengundi dalam program kempennya di Kuala Pilah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: “Kami hanya ada masa awal pagi untuk bersama bapa. Selebihnya masa beliau adalah bersama dengan rakyat” kata Muhammad Mirza Adnan, 23.

Anak kedua kepada calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan, 52, itu memberitahu, rutin itu telah ditempuh keluarganya lebih 15 tahun lalu.

Mahasiswa tahun akhir jurusan undang-undang di Universiti Malaya itu berkata, waktu beliau dan empat adik beradik lain bersama bapanya ialah waktu pagi ketika sebelum dan semasa perjalanan ke sekolah.

“Walaupun singkat, ayah masih sempat bertanya kami mengenai pelajaran di sekolah. Selepas menghantar kami ke sekolah, ayah akan terus ke Kuala Pilah dan agendanya bersama rakyat begitu padat setiap hari,” katanya ketika ditemui ketika membantu kempen pilihan raya untuk Adnan di sini hari ini.

Beliau berkata, ibunya, Datin Ramadhawati Wahab, 52, yang bertugas sebagai pengetua sebuah sekolah menengah di Seremban juga sudah lali dengan situasi itu dan memahami tugas Adnan dalam politik.

“Kami sekeluarga amat memahami tugas ayah yang perlu mendampingi rakyat walaupun dia tidak menjadi calon semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13),” katanya yang melihat bapanya itu mampu memberi khidmat terbaik jika terpilih sebagai wakil rakyat dalam pilihan raya umum kali ini.

Untuk rekod, Adnan yang juga Timbalan Pengerusi BN Kuala Pilah telah menjadi wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah antara 2008-2013 dan di DUN Senaling sejak 2018.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya