Manifesto PN hanya janji palsu - Onn Hafiz

Manifesto PN hanya janji palsu – Onn Hafiz

ONN Hafiz GHAZI (tengah) bersama-sama calon BN Muar, Mohd. Helmy (kanan) menghadiri Majlis Ramah-Mesra Warga Pendidik Daerah Muar di Hotel Traders, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Manifesto Perikatan Nasional (PN) yang dilancarkan malam tadi hanyalah janji palsu yang bertujuan memikat hati rakyat semata-mata.

Malah, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa umum mengetahui janji-janji tersebut tidak akan tertunai seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mengambil pengajaran seperti yang berlaku pada tahun 2018 ketika gabungan parti berkenaan mentadbir negara, jelas membuktikan bahawa banyak manifesto gagal dilaksanakan, malah pihak tersebut menganggap ia bukan suatu kewajipan untuk mengotakan janji.

“Saya terus-terang bahawa saya tak percaya dengan manifesto dibuat mereka kerana apabila sudah menang nanti, mereka akan kata, itu bukan kitab suci, itu bukan perkara yang perlu ditunaikan. Tindakan mereka ini tidak ubah seperti menanam tebu di bibir sama seperti yang mereka lakukan pada 2018.

“Saya yakin rakyat tidak akan percaya lagi dengan janji-janji manis dibuat pihak tak bertanggungjawab ini, yang akhirnya rugi adalah rakyat secara keseluruhan. Mereka hanya mahu menipu rakyat lagi,” katanya.

Onn Hafiz ditemui pada Majlis Ramah-Mesra Warga Pendidik Daerah Muar yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Muar, Mohd. Helmy Abd. Latif.

Justeru, beliau menyeru supaya pengundi menilai dengan bijak untuk memilih parti yang mampu mentadbir negara secara berhemah dan lebih utama adalah mengotakan janji dalam menjaga kebajikan rakyat.

Terdahulu, beliau turut meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 khusus buat warga pendidik di daerah Muar dalam usaha meningkatkan prasarana demi keselesaan dan kemudahan mereka. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya