Manifesto PH ulang pendirian hapus tol, perjuang isu doktor kontrak - Utusan Malaysia

Manifesto PH ulang pendirian hapus tol, perjuang isu doktor kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) memperbaharui sekurang-kurangnya lebih 80 peratus manifestonya berbanding tahun 2018 selepas terpalit dengan kontroversi ‘manifesto bukan kitab suci’. 

Pakatan Harapan (PH) hari ini membentang manifesto segar dan lebih relevan kepada rakyat Malaysia menjelang PRU-15. 

Manifesto yang dilancarkan itu menawarkan 10 aspek yang menjadi keutamaan untuk dilaksanakan sekiranya parti itu mendapat semula mandat rakyat. 

Antara yang menjadi keutamaan PH adalah perangi rasuah, tangani isu kos sara hidup, perkasa peluang ekonomi belia, tangani isu doktor kontrak dan bina ketahanan bencana. 

Selain itu, juga mendapat tumpuan adalah janji PH untuk sekali lagi menghapuskan tol walaupun tidak dapat dipenuhi pada penggal lalu. 

“Kerajaan PH menunjukkan komitmen dengan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik, dengan pencapaian pengurangan 18 peratus kadar tol bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) termasuk Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2).

“PH bertekad untuk meneruskan pengurangan tol PLUS secara berperingkat dengan matlamat akhir penghapusan tol dan pengembalian lebuhraya PLUS kepada milik awam,” memetik buku manifesto PH yang dilancarkan hari ini. 

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Presiden Parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. 

Berdasarkan manifesto itu, PH menawarkan pelan untuk membina semula Malaysia selepas mendakwa Malaysia kini dibelenggu pelbagai krisis termasuk kemelut kesihatan, pekerjaan, makanan, dan pendidikan.

Pada tahun 2018, bekas Perdana Menteri PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad  mengingatkan bahawa manifesto PH bukan “kitab suci” yang wajib dipatuhi dalam pelantikan speaker Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai mengakui PH tidak dapat melantik speaker dari kalangan anggota parlimen seperti yang dinyatakan dalam manifesto. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya