Manifesto BN: Pelantikan KP SPRM, Pengerusi SPR melalui

Manifesto BN: Pelantikan KP SPRM, Pengerusi SPR melalui saringan jawatan kuasa khas Parlimen

PRN Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) merancang melaksanakan pelantikan jawatan utama negara seperti Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui saringan jawatan kuasa khas Parlimen.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, melalui wakil rakyat di Parlimen, rakyat akan diberikan mandat untuk meneliti dan terlibat dalam tapisan pelantikan jawatan awam terpenting di negara ini.

Katanya lagi, BN nekad memastikan amalan politik di negara ini dihidupkan hanya dengan cara yang bertanggungjawab dan telus melalui penggubalan Akta Pendanaan Politik.

Beliau berkata demikian dalam pengumuman Manifesto BN hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya