SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Seremban, Loke Siew Fook selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Hua, Rasah di sini.
Beliau yang cuba mempertahankan kerusi Seremban itu mengundi kira-kira pukul pukul 11.15 pagi tadi dan mengundi di saluran enam dan kemudian turut sempat sempat beramah mesra dengan pengundi yang turut mengundi di pusat pengundian yang sama.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini, Siew Fook akan disaingi empat calon lain iaitu Barisan Nasional (BN) Wong Yin Ting, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Fadli Che Me, calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Mohamad Jani Ismail dan calon Bebas, Mohd. Izzat Lesley.
Terdapat seramai 157,244 orang pemilih berdaftar di Parlimen Seremban meliputi pengundi Melayu, 51.57 peratus, pengundi Cina 31.7 peratus dan pengundi India 13.82 peratus.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, Siew Fook memenangi kerusi Parlimen Seremban dengan majoriti 30,694 undi.-UTUSAN.