Labuh lapan unjam hibrid, tingkat hidupan laut Sabak Bernam

Labuh lapan unjam hibrid, tingkat hidupan laut Sabak Bernam

UNJAM hibrid itu yang dilabuhkan di perairan Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Lapan unjam hibrid bernilai RM300,000 dilabuhkan di perairan Bagan Nakhoda Omar di sini, semalam bagi memperkayakan hidupan laut dan meningkatkan hasil tangkapan nelayan tempatan.

Inisiatif itu merupakan jalinan usahasama antara Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan SIRIM Bhd. (SIRIM).

Naib Presiden Kanan, Penyelidikan Perindustrian SIRIM, Mohd. Azanuddin Salleh berkata, projek membangunkan fabrikasi unjam hibrid bermula 15 September lalu itu selaras komitmen pihaknya melaksanakan prinsip berasaskan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam memelihara alam sekitar.

UNJAM hibrid itu yang dilabuhkan di perairan Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor.

Jelas beliau, unjam itu merupakan reka bentuk baharu yang mempunyai dwi fungsi melibatkan dua komponen utama iaitu ‘frame kuboid’ dan ‘appendage’.  

“Selain menjadi pemberat unjam, frame kuboid berperanan sebagai tempat perlindungan dan sumber makanan bagi ikan dasar.

“Appendage yang merupakan komponen atas pula berguna untuk menarik ikan pelagik datang ke unjam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis melabuhkan unjam hibrid itu turut disaksikan Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Wan Muhammad Aznan Abdullah dan Pengarah Perikanan negeri, Noraisyah Abu Bakar. 

Tahun lalu, Selangor merekodkan pendaratan ikan sebanyak 167,587 tan metrik ikan dengan nilai sebanyak RM1.5 billion sekali gus menyumbang 12.6 peratus nilai keseluruhan pendaratan ikan di negara ini.

Tambah Mohd. Azanuddin, SIRIM menjalankan kajian bahan dan reka bentuk tukun yang boleh disesuaikan dengan kedalaman, jenis dasar serta kesesuaian lokasi penanaman sejak 

2005.

Ujarnya, tukun yang dibangunkan itu dilabuhkan di perairan Pulau Kendi, Pulau Pinang; Pulau Kapas, Setiu dan Pulau Perhentian di Terengganu; Batu Sapi dan Pulau Sebatik di Sabah. 

“Tukun yang dilabuhkan di Pantai Puteri, Melaka pula dijadikan struktur kombinasi pemecah ombak di bawah paras laut.

“Selain itu, SIRIM telah membina dan melabuhkan tukun berbentuk Jata Johor di perairan Pulau Metinggi, Mersing, Johor,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya