Kudrat Belanda, Ecuador sama kuat

Kudrat Belanda, Ecuador sama kuat

Pemain Belanda menjalani latihan di Doha, semalam menjelang aksi menentang Ecuador, esok. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Belanda dan Ecuador berpeluang cerah melangkah ke pusingan kedua jika menang dalam pertembungan Kumpulan A esok selepas kedua-dua­nya membawa bekalan tiga mata dalam perlawanan pertama.

Pada edisi kali ini, Ecuador telah menetapkan sasaran mara ke pusingan 16, seperti yang dilakukan di Jerman 2006 dan Belanda pula sedang membina semula reputasi dan mahu menjulang trofi Piala Dunia bersama pengendalinya Louis Van Gaal.

Berdasarkan prestasi semasa, Belanda dalam kedudukan terbaik selepas menewaskan juara Afrika, Senegal 2-0 dalam perla­wanan pembukaan kumpulan ma­nakala, Ecuador pula menji­nakkan tuan rumah Qatar juga 2-0.

Van Gaal berpuas hati dengan kejayaan meraih tiga mata walaupun membuat keputusan mengejutkan dengan memberi tanggungjawab benteng terakhir kepada penjaga gol, Andries Noppert yang membuat penampilan antarabangsa pertama.

Bagaimanapun, Van Gaal dan kaptennya, Virgil Van Dijk mengkritik cara kemenangan itu selepas dua gol hanya terhasil pada lewat permainan sekali gus menampakkan ketumpulan jentera serangan mereka.

“Kami menang tetapi kami juga tahu bahawa kami boleh dan mesti melakukan lebih baik. Melangkah ke hadapan kami kadang-kadang cuba memaksa, dan kami terlalu kerap membiarkan diri kami terdedah kepada serangan balas lawan.

“Itu kelemahan yang perlu kami perbaiki kerana ia adalah ke­le­bihan yang dimiliki lawan kami seterusnya iaitu Ecuador, mereka sangat bagus tetapi, saya optimis kerana saya rasa kami akan menjadi lebih baik,” kata Van Dijk.

Ecuador yakin Enner Valencia yang menjaringkan kedua-dua gol ke atas Qatar Ahad lalu, akan cergas untuk bermain walaupun terdapat kebimbangan mengenai kecederaan lutut.

Penjaga gol Ecuador, Hernan Galindez berkata, kemenangan mengejut Arab Saudi ke atas Argentina membuktikan tiada pa­sukan tidak dapat dikalahkan.

“Saya fikir kekalahan Argentina bukan kejutan terakhir Pia­la Dunia ini. Walaupun Belanda menang, mereka sama rata menentang Senegal,” ujarnya. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya