KUALA LUMPUR: Kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dilihat tiba di Istana Negara, di sini sebentar tadi.
Kenderaan Toyota Vellfire dinaiki Mohd. Zuki tiba pukul 10.13 pagi ini.
Kenderaan membawa Mohd. Zuki Ali dilihat tiba di Istana Negara.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk mengadap baginda di Istana Negara, hari ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, sesi mengadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi. – UTUSAN