Korban 20 lembu jika Pas menang majoriti 20,000 undi di Tumpat

Korban 20 lembu jika PN menang di Tumpat

MOHD. Amar Nik Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pas berjanji mengorbankan 20 ekor lembu sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang majoriti 20,000 undi di Parlimen Tumpat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dalam ceramahnya berkata, beliau yakin sasaran majoriti undi itu tidak mustahil untuk dicapai.

Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pas berjaya memperoleh kemenangan dengan majoriti 17,500 undi di Tumpat dan beliau mahu melihat jumlah itu bertambah pada PRU15.

“Kita mahu pastikan Parlimen Tumpat ini kekal milik Pas dengan jumlah majoriti bertambah berbanding pilihan raya lepas.

“Ia boleh dicapai kerana kita tidak lagi bersendirian,” katanya ketika berucap pada Ceramah Umum Pas Sempena PRU15 di Padang Puteri Saadong, Wakaf Bharu di sini.

Dalam pada itu, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, perjuangan Pas bersama PN pada PRU15 dilihat mampu untuk merealisasikan sasaran tersebut.

“Saya yakin rakyat di Tumpat akan kekal mengundi Pas. Insya-Allah penyokong-penyokong BN juga akan beri undi kepada kita pada PRU15,” ujarnya.

Pada PRU14, Pas diwakili Datuk Che Abdullah Mat Nawi memperoleh 47,041 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Johani Wan Hussin dan Pakatan Harapan, Datuk Nordin Salleh dengan majoriti 17,500 undi.

Che Abdullah bagaimanapun bertanding menggunakan tiket BN selepas PN menggugurkan namanya pada PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya