KJ tersenyum ketika diminta ulas kenyataan Tok Mat kerusi

Kerusi BN di Sungai Buloh kerusi selamat?, KJ tersenyum

KHAIRY Jamaluddin (tengah) berswafoto kumpulan bersama pesara-pesara tentera pada Program Penerangan COVID-19 @ PERHEBAT di Dewan Syarahan Kompleks PERHEBAT, Paya Jaras, di sini, hari ini.- UTUSAN/ MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Calon  Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin tersenyum ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa kerusi berkenaan merupakan kerusi selamat.

Beliau kemudiannya menjawab ringkas pertanyaan pemberita dengan memaklumkan akan berusaha bersungguh-sungguh berjumpa pengundi sewaktu berkempen.

“Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjumpa dengan pengundi di Sungai Buloh sewaktu kempen,” katanya pada Sidang Media selepas hadir Program Penerangan COVID-19 @ PERHEBAT di Dewan Syarahan Kompleks PERHEBAT, Paya Jaras, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan UMNO menangkis tuduhan bahawa tindakan meletakkan Khairy Jamaluddin bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh dalam PRU15 bertujuan mematikan karier politik Menteri Kesihatan itu.

Menurut Mohamad, penilaian dibuat oleh parti mendapati kerusi Parlimen itu dikategorikan sebagai selamat walaupun sudah tiga penggal ia dikuasai parti pembangkang sejak PRU 2008.

Khairy sebelum ini memaklumkan media bahawa bukan mudah baginya memenangi kerusi Sungai Buloh pada PRU kali ini ekoran ia dimenangi PKR tiga kali berturut-turut.

Bagaimanapun, beliau melihat trend masa depan Malaysia semakin ramai rakyat negara ini yang tinggal di kawasan bandar dan berhijrah dari kawasan kampung seperti Rembau.

“Takkan kita nak menyerah kalah semua kerusi bandar? Takkan kita nak kalah tanpa berlawan? Bila tengok bandar sahaja semua lari ke kawasan luar bandar,” ujarnya.

Sementara itu ketika ditanya bagaimana situasi Parlimen Sungai  Buloh setelah memasuki hari ketiga beliau turun bertemu pengundi Khairy berkata ia akan dimasukkan di dalam manifesto beliau yang akan diumumkan minggu hadapan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut dan meminta pemberita untuk menunggu pengumuman manifesto berkenaan.

“Banyak perkara yang saya akan sentuh dalam manifesto yang akan saya lancarkan minggu hadapan,” jawabnya ringkas.

Untuk rekod, Parlimen Sungai Buloh disandang R. Sivarasa (PKR) selepas memenangi kerusi tersebut pada PRU14 dengan meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah dari Pas yang memperoleh 16,977 undi, A.Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari PSM (642). –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya