KJ minta penyandang kerusi UMNO yang digugurkan kekal dengan

KJ minta penyandang kerusi UMNO yang digugurkan kekal dengan parti

KHAIRY Jamaluddin beramah mesra dengan penduduk Sungai Buloh pada sesi walkabout di Paya Jaras Hilir, di sini, hari ini. -UTUSAN/HAFIZI SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Semua penyandang kerusi Parlimen di bawah UMNO yang tidak dicalonkan dalam PRU15 diminta untuk terus kekal bersama parti.

Timbalan Ketua UMNO bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, jatuh dan bangun dalam parti merupakan perkara yang akan dilalui oleh mana-mana individu.

“Kepada sahabat-sahabat saya yang tidak dapat menjadi calon saya harap terus bersama dengan parti kerana kita semua melalui jatuh dan bangkit dalam politik.

“Ada yang digugurkan, ada yang macam saya dihantar ke kawasan seperti Sungai Buloh ini, tetapi yang penting, kita teruskan berkhidmat, kekal dengan parti,” katanya kepada pemberita selepas sesi Walkabout di Paya Jaras Hilir, di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan beberapa nama besar di dalam UMNO tidak dicalonkan pada PRU15 untuk mempertahankan kerusi parlimen yang disandang mereka semasa PRU yang lalu.

Antaranya adalah penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib.

Kedua-dua mereka kemudiannya mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU lalu.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai penerimaan pengundi di Sungai Buloh terhadap beliau, Khairy berkata setakat ini semuanya baik-baik sahaja.

Bagaimanapun, calon BN bagi Parlimen Sungai Buloh itu sekali lagi mengingatkan bahawa kawasan tersebut bukanlah kerusi yang mudah untuk direbut selepas tewas kepada PKR dengan majoriti 26,000 undi pada PRU lalu.

“Penerimaan setakat ini, alhamdulillah baik, tapi kita sentiasa kena ingat ini kawasan yang kita kalah dengan majoriti 26,000 jadi ia bukanlah satu kawasan yang mudah dan bukanlah satu kempen yang mudah.

“Kita kena kerja kuat dan Alhamdulillah ramai yang nak jumpa, ramai memberi cadangan untuk saya dapat bawa perubahan di sini,” katanya.

Untuk rekod, Parlimen Sungai Buloh disandang R. Sivarasa (PKR) selepas memenangi kerusi tersebut pada PRU14 dengan meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah dari Pas yang memperoleh 16,977 undi, A.Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari PSM (642). –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya