Kereta rempuh pasar raya, pengawal keselamatan cedera - Utusan Malaysia

Kereta rempuh pasar raya, pengawal keselamatan cedera

SEORANG pengawal keselamatan cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang tiba-tiba meluncur masuk ke sebuah pasar raya di Chembong, Rembau malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang pengawal keselamatan cedera dirempuh sebuah kereta yang secara tiba-tiba merempuh masuk ke sebuah pasar raya di Chembong, di sini, malam ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul 7.30 malam tadi, membabitkan seorang lelaki berusia 46 tahun yang merupakan pemandu kereta jenis Toyota Corrolla.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, pemandu kereta tersebut baharu sahaja selesai membeli barang di pasar raya tersebut.

“Semasa mahu memulakan perjalanan untuk pulang, pemandu berkenaan telah tersilap masuk ke gear mengundur lalu telah hilang kawalan dan merempuh masuk ke dalam pasar raya.

“Kereta kemudian melanggar seorang pengawal keselamatan iaitu wanita berusia 56 tahun yang ketika itu berada berdekatan dengan pintu pasar raya,” katanya hari ini.

Ujar Hazri lagi, mangsa telah dihantar ke Hospital Rembau untuk menerima rawatan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya