Kempen Isham Jalil di Shah Alam gerunkan pihak lawan

Kempen Isham Jalil di Shah Alam gerunkan pihak lawan

ISHAM Jalil (lima dari kiri) bergambar dengan ahli SACF selepas sidang akhbar di Seksyen 14, Shah Alam di sini hari ini. -UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Gabungan parti-parti lain dilihat aktif berkempen di Shah Alam setelah mendapati calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu, Isham Jalil mempunyai daya penarik tersendiri selain mampu menarik sokongan pengundi yang ramai.

Mereka juga dilihat membawa pemimpin dan nama-nama besar parti untuk berkempen di kawasan berkenaan.

Isham berkata, beliau yakin parti-parti berkenaan tercabar dengan kempennya yang positif dalam media sosial, sesi ‘turun padang’ dan pada sesi ceramah umum.

“Pemimpin heavyweight Pakatan Harapan (PH) dan pemimpin Parti Pejuang, Tun Dr.Mahathir Mohamad dilihat ‘turun padang’ ke Shah Alam mungkin mereka risau dengan kempen saya.

“Hari ini pun pemimpin PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke Shah Alam. Malam ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Hadi Awang pun akan turun di Seksyen 9 Shah Alam,” katanya dalam sidang akhbar bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Shah Alam  Community Forest (SACF) di Seksyen 14 hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kehadiran pemimpin-pemimpin utama PH, Perikatan Nasional (PN) dan Pejuang yang tiba-tiba aktif berkempen di Parlimen Shah Alam.

Mengulas lanjut, Isham berkata, sejak seminggu lalu, beliau bersama jentera BN Parlimen Shah Alam ‘turun padang’ untuk bertemu golongan berpendapatan rendah B40 dan sederhana M40.

Katanya lagi, sambutan yang diterima amat menggalakkan dalam kalangan rakyat yang begitu berbeza pada PRU14 dan mungkin itu faktor yang mendorong parti lawan berkempen secara maksimum.

“Kita akan berusaha berkempen seperti biasa walaupun pemimpin PH mahupun pemimpin besar lain turun ke sini.

“Pihak PH mengatakan mereka mendapat 80 peratus sokongan daripada rakyat di sini. Entah dari mana mereka mendapat jumlah ini saya pun tidak pasti,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya