Kemenangan di Titiwangsa hadiah kerja keras - Johari - Utusan Malaysia

Kemenangan di Titiwangsa hadiah kerja keras – Johari

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemenangan Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Parlimen Titiwangsa  adalah hadiah buat dirinya setelah bekerja keras empat tahun enam bulan berkhidmat di parlimen berkenaan walaupun tidak bergelar wakil rakyat.

“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh penduduk Titiwangsa khususnya pengundi. Saya rasa penat lelah bekerja walaupun bukan wakil rakyat pada PRU14 tetapi  mendapat pulangan yang bermakna.

“Saya sentiasa berkhidmat untuk rakyat selama empat tahun enam bulan, akhirnya mereka menghargainya. Jadi, ini adalah hadiah bagi saya kepada rakyat Titiwangsa dan saya mengucapkan terima kasih kepada jentera dan pengundi kerana sekali lagi beri kepercayaan kepada saya untuk lima tahun akan datang,” kata beliau di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian selepas diisytiharkan menang dengan majoriti 4,632 selepas meraih 25,042 undi sekali gus menewaskan pencabarnya, Khalid Abdul Samad mewakili Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 20,410 undi.

Dua lagi pencabarnya iaitu calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Rosni Adam meraih 14,518 undi serta Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (Pejuang) meraih 888 undi.

Menurut Johori, beliau akan terus fokus menyelesaikan masalah penduduk  di Parlimen Titiwangsa.

“Fokus selepas ini adalah saya mahu lihat apa sahaja isu berbangkit membabitkan flat Sungai Baru, Pasar Raja Bot, Pasar Datuk Keramat dan flat Tun Razak. Ini adalah isu yang saya akan bawa supaya kerajaan melihat semula bagaimana nasib mereka ini.

“Selain itu, saya akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam parlimen khususnya untuk menyumbang dalam pembangunan sesebuah negara,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya