Kemajuan di bawah BN lebih 60 tahun bukan pipih datang

Kemajuan di bawah BN lebih 60 tahun bukan pipih datang melayang

M. Mohana (dua dari kanan) merasa kuih jualan peniaga di Kampung Sijangkang Utara pada hari ketujuh kempen PRU15 hari ini. -UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Rakyat perlu melihat trek rekod Barisan Nasional (BN) mentadbir negara ini selama lebih 60 tahun sebelum ditumbangkan pada Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14).

Menurut calon Ahli Parlimen Kuala Langat BN, Datuk M.Mohana, kemajuan negara selama ini bukan datang ibarat yang pipih datang melayang dan yang berat datang menggolek.

“BN yang dikenali sebagai Parti Perikatan membentuk kerajaan melibatkan UMNO, MCA dan MIC. Ia bukan wujud secara tiba-tiba tetapi bekerjasama bertahun-tahun sebelum kita mengadakan pilihanraya pertama untuk memilih kerajaan sendiri.

“Sehingga kini kita masih lagi bersama memberi khidmat kepada rakyat dan saya bertanding di sini setelah diberi mandat oleh pucuk pimpinan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir berkempen sempena PRU15 di Kampung Sijangkang Utara hari ini.

Mengulas mengenai kempen PRU15 yang sudah masuk seminggu Mohana berkata, sambutan amat menggalakkan dalam kalangan masyarakat Kuala Langat.

“Kita turun padang untuk menjawab secara berdepan dengan rakyat segala tohmahan, fitnah dan percakapan palsu pihak parti lawan tentang pentadbiran BN.

“Saya terangkan kepada rakyat, mereka harus mengundi BN yang telah disokong oleh datuk dan nenek moyang mereka hingga negara stabil dan makmur selama lebih setengah abad sebelum berlaku ketidakstabilan semasa Pakatan Harapan (PH) mentadbir selama 22 bulan,”katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya