Kelantan lulus enakmen anti lompat parti - Utusan Malaysia

Kelantan lulus enakmen anti lompat parti

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan) 2022 bagi membolehkan Enakmen Anti Lompat Parti dilaksanakan di negeri ini.

Usul pindaan yang dikemukakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah itu mendapat sokongan penuh daripada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa bahas.

“Tujuan pindaan dilaksanakan adalah bagi memastikan Enakmen Anti Lompat Parti sekata dan selaras dengan apa yang telah diputuskan di Parlimen sebelum ini,” kata beliau ketika menggulung RUU berkenaan pada Persidangan DUN Kelantan di Kota Darulnaim di sini semalam.

Sementara itu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berkata, pindaan RUU tersebut dilaksanakan selaras dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang berkuat kuasa pada 5 Oktober lepas.

Akta tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 31 Ogos lalu dan diwartakan sebagai Akta A1663 pada 6 September lalu.
Persidangan DUN Kelantan kemudian ditangguhkan dan akan bersambung semula pada 29 Oktober nanti.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya