Kalau rindu Bossku, berilah berita gembira-Nooryana Najwa

Kalau rindu Bossku, berilah berita gembira-Nooryana Najwa

NOORYANA Najwa (tengah) bersama Jamal pada program Bicara Santai di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tonggak 10, Sungai Besar, Selangor, malam tadi. -UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: “Walaupun ayah berada di penjara, beliau hanya sentiasa fikir tiga perkara iaitu Barisan Nasional (BN), UMNO dan rakyat”.

Demikian kata Nooryana Najwa, anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai harapan utama bapanya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, bapanya yang sedang menjalani hukuman penjaa dilaporkan dalam keadaan sihat dan mahu BN meneruskan pentadbiran di Putrajaya dengan memenangi pilihan raya kali ini.

“Beliau (Najib) yakin dan percaya hanya BN parti yang mampu memperjuangkan nasib rakyat dan mentransformasikan Malaysia supaya lebih maju pada masa depan.

“Saya berharap kalau ada yang merindui ‘Bosssku’, berilah berita gembira kepada beliau yang sanggup berkorban untuk BN sekali gus melihat parti ini memimpin negara,” katanya ketika berucap dalam Program Bicara Santai di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tonggak 10, Sungai Besar di sini, malam tadi.

Jelas Nooryana, BN perlu menang dengan jumlah kerusi dan majoriti lebih besar untuk memimpin serta membentuk kerajaan.

“Justeru, semua jentera perlu bekerja keras dan memberi perhatian untuk menarik sokongan pengundi demi memperoleh kemenangan.

“Aura ‘Bosssku’ sentiasa bersama dengan rakyat walaupun terpisah dengan tembok penjara,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Najib berpuas hati dengan senarai calon BN termasuk pemilihan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos sebagai calon kerusi Parlimen.

“Selepas mengetahui Jamal menjadi calon di Sungai Besar, ayah berasa bangga dan berpesan kepada saya supaya turun memberi sokongan walau apa keadaan sekali pun.

“Ayah tahu Jamal seorang yang berani dan setia mempertahan parti, malah ayah tidak pernah lupa jasa parti kepada beliau,” ujarnya.

Sementara itu, Jamal berkata, kehadiran Nooryana memberi suntikan semangat baharu kepada beliau dan jentera parti untuk kempen yang berbaki hanya seminggu.

“Gerak jentera kita berjalan lancar setakat ini dan semestinya mahu merampas semula kerusi Sungai Besar.

“Insya-Allah kemenangan itu pasti menjadi milik BN berdasarkan sambutan dan reaksi positif rakyat di parlimen ini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya