Kadar baharu RMT dilaksana mulai minggu depan

Kadar baharu RMT dilaksana mulai 6 November ini

Kadar RMT akan dinaikkan pada minggu 6 November ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelaksanaan bagi kadar baharu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan dikuatkuasakan bermula pada Ahad, 6 November 2022.

Ini selepas kadar baharu RMT diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam Bajet 2023 awal bulan lalu.

Kadar RMT bagi seorang murid dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung Malaysia dan RM3.00 kepada RM4.00 bagi Sabah, Sarawak serta Labuan.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin menjelaskan, pelaksanaan kadar baharu ini akan memanfaatkan seramai 791,477 orang murid penerima RMT di seluruh negara.

“Ini merupakan antara komitmen saya dalam memastikan kualiti makanan RMT kepada murid yang memerlukan adalah terjaga.

“Pelaksanaan kadar baharu ini juga pastinya memberi kelegaan kepada pengusaha kantin sekolah yang menyediakan RMT,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, Kementerian Pendidikan komited melakukan yang terbaik untuk kelestarian pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.

“Alhamdulillah, usaha Kementerian Pendidikan untuk menaikkan kadar RMT dapat dilaksanakan pada tahun ini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya