Johan Ropi 'berguru' dengan MB, Hairi tawan JB

Johan Ropi ‘berguru’ dengan MB, Hairi tawan JB

JOHAN ROPI (kanan) bersama-sama Onn Hafiz dan Mohd. Hairi semasa berkempen di Pasar Malam Larkin, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Johor Bahru, Johan Arifin Mohd. Ropi ‘berguru’ dengan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd. Hairi Mad Shah untuk memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Johan Ropi berkata, kedua-dua figura berkenaan banyak memainkan peranan dalam membantunya untuk menewaskan tiga pencabar lain di Parlimen berkenaan.

Menurutnya, Onn Hafiz dan Mohd. Hairi telah membuktikan kemampuan anak muda untuk mentadbir dan menjaga kesejahteraan masyarakat.

“Saya telah menerima banyak ‘tips’ yang diberikan sendiri oleh MB Johor dan juga ADUN Larkin. Antara yang ditunjuk ajar adalah bagaimana untuk menyantuni dan mendekati pengundi.

“Saya percaya dengan tunjuk ajar dan kerjasama dengan mereka, saya mampu untuk memberi perkhidmatan terbaik buat penduduk Parlimen Johor Bahru sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat mereka,” katanya ketika semasa mengadakan kempen di Jalan Gagak, Larkin, di sini.

Selaku calon baharu, beliau akan bekerja keras dalam membuktikan BN tidak ketandusan pemimpin kerana dengan kerjasama baik antara wakil rakyat dan kerajaan, pelbagai manfaat boleh diterima masyarakat.

“Saya sedar bertanding dengan pihak yang lebih dikenali seperti calon Pakatan Harapan (PH), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir, namun saya percaya BN mempunyai kelebihan daripada jaringan yang lebih baik.

“Jaringan dan kerjasama baik antara wakil rakyat, kepimpinan negeri dan agensi-agensi kerajaan akan dapat membantu merealisasikan hasrat penduduk yang mahukan kehidupan lebih baik,” jelasnya.

Sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat, beliau bertekad untuk meningkatkan taraf hidup penduduk Johor Bahru, khususnya golongan B40.

“Selain daripada mengupayakan ekonomi mereka, saya juga mahu memperbaiki taraf kehidupan dengan memastikan pengurusan kediaman yang lebih sesuai seiring zaman, selain meningkatkan keupayaan pengangkutan awam.

“Saya juga akan memberi penekanan terhadap pendidikan di peringkat awal selain memastikan ukhuwah yang terjalin antara masyarakat berbilang kaum dipelihara. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan taraf hidup mereka dalam usaha untuk keluar daripada kelompok B40,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya