Jangkitan Covid-19 hampiri 5,000 kes 

Jangkitan Covid-19 hampiri 5,000 kes 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 4,711 kes Covid-19 baharu direkodkan setakat tengah malam tadi berbanding 3,969 kes yang dicatatkan kelmarin, menjadikan keseluruhan kes aktif adalah 34,609 kes.

Menurut laman KKMNow, daripada jumlah kes baharu, 32,956 individu atau 95.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dengan 1,586 atau 4.6 peratus lagi dirawat di hospital. 

Selain itu, 67 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 47 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 3,120 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini adalah berjumlah 4,843,468 kes. 

Dalam pada itu, tiada kes kematian dilaporkan semalam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya