‘Jangan ulangi kesilapan PRU14’ - Utusan Malaysia

‘Jangan ulangi kesilapan PRU14’

ZULKARNAIN Yusoff (kiri) bersalaman dengan pengundi ketika berkempen di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG:  Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rantau Panjang, Zulkarnain Yusoff atau Ustaz Zul mengingatkan rakyat supaya tidak mengulangi kesilapan dengan mengundi parti yang salah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 16 November ini.

Ustaz Zul berkata, BN ada parti terbaik yang terbukti berjaya membawa kestabilan kepada negara.

Menurutnya, rakyat diingatkan supaya tidak membuat ‘eksperimen’ sebagaimana sebelum ini kerana ia boleh memberikan kesan kepada negara pada masa hadapan.

“Saya tidak mahu rakyat salah pilih sebagaimana yang berlaku semasa di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) semalam 22 bulan.

“Kali ini bui (bagi) ke BN pulak (pula), undi BN demi agama, bangsa dan kedaulatan negara.

Peluang yang ada hanya sekali,  bagi kepercayaan kepada BN kerana kita mahu sebuah kerajaan yang stabil,” katanya ketika berkempen di Kampung Tersang hari ini.

Ustaz Zul yang merupakan antara muka baharu ditampilkan oleh BN Kelantan memberitahu, dia tidak gentar untuk berdepan penyandang kerusi Parlimen Rantau Panjang dari Pas, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff.

Katanya, Rantau Panjang memerlukan perubahan lebih baik kerana ia merupakan salah satu pintu masuk utama dari Thailand.

Pada PRU15, Ustaz Zul akan ditentang sengit empat calon iaitu Siti Zailah dari Perikatan Nasional; Dr. Wan Shah Jihan Wan Din (Pakatan Harapan), Datuk Ibrahim Ali (Gerakan Tanah Air) dan Datuk Mohd Zain Ismail dari Parti Rakyat Malaysia.

PRU14, Siti Zailah menewaskan calon BN dan PKR dengan majoriti 6,150 undi.

Siti Zailah mendapat undi sebanyak 24,581 manakala Abdullah Mat Yasim (BN)  memperoleh 18,431 undi dan Dr. Wan Shah Jihan (PKR) hilang deposit apabila memperoleh 5,361 undi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya