Jambatan tenggelam, 11 penduduk `terkurung’ - Utusan Malaysia

Jambatan tenggelam, 11 penduduk `terkurung’

MOHD. Nasrun Abdullah meninjau keadaan jambatan yang ditenggelami air Sungai Telemong di Kampung Kepah, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seramai 11 penduduk daripada lima keluarga di Kampung Kepah, di sini terperangkap selepas jambatan  yang menjadi `perantara’ mereka di kampung itu ditenggelami air Sungai Telemong sejak semalam.

Jambatan konkrit  kira-kira 20 meter itu tenggelam selepas paras air Sungai Telemong meningkat  mendadak  berikutan  hujan lebat sejak Khamis lalu. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kepah, Mohd. Nasrun Abdullah berkata,  sejak tenggelam penduduk  terpaksa ‘berkurung’ di rumah menunggu sehingga air sungai surut.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak dapat ke kampung tersebut termasuk menghantar bekalan barangan keperluan disebabkan arus deras. 

“Sebelum ini jambatan itu pernah ditenggelami air  sehingga dua minggu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, paras air di sungai itu mencecah 1.5 meter semalam, namun  mulai surut menjadi  0.5 meter pada hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, jambatan itu masih ditenggelami air sungai dan membahayakan penduduk yang mahu menggunakannya.

Seorang penduduk, A. Wahab Ismail, 53, berkata, jambatan konkrit  yang dibina hampir 20 tahun lalu tidak lagi  kukuh kerana terdapat beberapa tiang seperti  tergantung kerana struktur tanah telah terhakis.

“Jalan alternatif memang ada, namun perjalanan mengambil masa hampir satu jam ke Kampung Ulu Sat,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya