Jamal masih layak bertanding calon Sungai Besar

Jamal masih layak bertanding calon Sungai Besar

MOHD. Jamal dan Mohd. Imran ketika sidang akhbar itu di Pusat Media BN Parlimen Sungai Besar di Sekinchan, Selangor, malam tadi. -UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Jamal Md. Yunos masih berkelayakan untuk bertanding kerusi Parlimen Sungai Besar kerana belum diisytiharkan muflis.

Peguam beliau, Datuk Mohd. Imran Tamrin berkata, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu boleh mengemukakan borang pencalonannya tanpa sebarang masalah esok.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Besar itu, Perlembagaan Persekutuan menetapkan hanya individu yang bankrap tidak dibenarkan menjadi calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Apa yang didakwa Teresa Kok (penyandang kerusi Parlimen Seputeh) adalah cubaan untuk menyerahkan notis kebankrapan Jamal namun kami telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Malah, notis kebankrapan juga belum kita terima setakat ini,” katanya ketika ditemui di Pusat Media BN Parlimen itu di Sekinchan di sini, malam tadi.

Terdahulu, Jamal tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, kira-kira pukul 5 petang.

Media melaporkan Teresa menghantar surat bantahan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengenai penamaan Jamal yang didakwa belum menyelesaikan syarat penghakiman dalam saman difailkan terhadapnya yang berkemungkinan menyebabkan pengisytiharan muflis.

Tambah Mohd. Imran, pihaknya turut menasihati Jamal untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan berkenaan yang boleh dianggap sebagai cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti sebagai calon.

Sementara itu, Jamal berkata, perkara berkenaan tidak melemahkan semangat beliau untuk kekal bertanding kerusi tersebut.

Pada 26 Julai lalu, Kosmo/ Utusan Malaysia melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Jamal supaya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Teresa.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Arief Emran Arifin membenarkan tuntutan saman fitnah yang difailkan lima tahun lalu setelah berpuas hati defendan gagal membuktikan pembelaannya.

Jamal kemudian mahu memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan mengenai keputusan kes fitnah berkenaan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya