Jalaluddin mahu terus perjuangkan jajaran ECRL di Jelebu - Utusan Malaysia

Jalaluddin mahu terus perjuangkan jajaran ECRL di Jelebu

JALALUDDIN Alias bersama penduduk masyarakat Orang Asli pada Program Sukan Rakyat Orang Asli Sungai Sampo, di Jelebu hari ini.-UTUSAN/ NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Isu jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melalui daerah ini akan terus diperjuangkan memandangkan kemudahan tersebut sememangnya memberi manfaat buat rakyat di Jelebu.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, isu berkenaan telah lama diperjuangkannya di Dewan Rakyat sebelum ini dan tidak wajar pihak lawan menjadikannya sebagai modal kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Pembangkang ni memang tidak ada idea lain, tidak ada lagi modal kempen untuk meraih sokongan rakyat. Pasal ECRL mereka kena faham kelulusan (laluan Jelebu) dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) waktu Perdana Menterinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Bila kerajaaan itu jatuh tertubuhnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin, dibatalkan dan diubahkan jajarannya balik ke Bentong (Pahang). Saya sudah ketengahkan dalam Dewan Rakyat bahawa saya tak bersetuju jajaran itu diubah. 

“Sesuatu yang baik untuk rakyat Jelebu saya sokong. Ini merupakan satu perkara yang boleh diperjuangkan. Insya-Allah, ini salah satu yang akan saya perjuangkan,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Program Sukan Rakyat Orang Asli Sukan Sampo, di sini, hari ini.

Terdahulu, PH dalam siri ceramahnya di Jelebu mendakwa bahawa Jalaluddin yang merupakan penyandang kerusi Parlimen itu tidak berusaha untuk membawa jajaran ECRL itu ke Jelebu, setelah ia dicadangkan oleh kerajaan PH dan dibatalkan oleh kerajaan PN.

Dalam pada itu, Jalaluddin yakin akan dapat mengekalkan kerusi berkenaan berdasarkan sentimen rakyat yang sangat baik selain khidmat yang telah diberikannya sewaktu penggal yang lalu.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya