Harga maksimum minyak masak botol turun, RM30.90 5kg

Harga maksimum minyak masak botol turun, RM30.90 5kg

DUA pegawai penguat kuasa PPDNHEP menjalankan pemeriksaan harga minyak masak botol dalam operasi pemantauan harga di sebuah pasar raya di Bayan Lepas, Pulau Pinang. -UTUSAN/MUHAMMAD FIRDAUS AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Harga minyak masak sawit tulen kemasan botol lima kilogram (kg) sekali lagi diturunkan kepada RM30.90 berkuat kuasa mulai 8 November sehingga 7 Disember depan. 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi kenyataan memaklumkan, kawalan harga tersebut dilaksanakan mengikut kaedah harga siling bergerak berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia.

Menurut kenyataan itu, harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam botol bagi tempoh tersebut adalah RM6.90 bagi kemasan botol 1 kg, RM13.30 (2 kg) dan RM19.60 (3 kg). 

“Kerajaan menerusi KPDNHEP menetapkan harga runcit maksimum terkini bagi minyak masak sawit tulen yang dibungkus dalam botol di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2022,” katanya. 

Justeru katanya, mana-mana pihak yang didapati menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan individu boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM500,000.

Tambahnya, KPDNHEP turut menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang membabitkan harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi melalui saluran Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000 atau Portal e-aduan.kpdnhep. 

Selain itu, menerusi pusat panggilan 1-800-886-800, emel [email protected], Ez ADU KPDNHEP atau Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245. 

Pada 3 Oktober lalu, media melaporkan minyak masak dalam botol 5 kg akan dijual pada harga maksimum RM31.50 berbanding RM33.50. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya