Habibah tepis tanggapan tidak dikenali pengundi di Tanjong Karang

Habibah tepis tanggapan tidak dikenali pengundi di Tanjong Karang

HABIBAH Mohd. Yusof beramah mesra dengan mangsa banjir di pusat PPS SK Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor, hari ini.-UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Habibah Mohd. Yusof menepis tanggapan beliau tidak dikenali pengundi di Parlimen Tanjong Karang.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang itu berkata, beliau kekal setia menabur bakti bersama parti berkenaan sejak 32 tahun lalu.

“Saya bukan calon ‘payung terjun’ atau luar dan sudah empat penggal menjadi ketua wanita di Parlimen ini.

“Jika mengatakan saya tidak dikenali rakyat, ia adalah tidak benar sama sekali kerana saya telah lama bersama parti, ” katanya ketika meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sireh di sini, hari ini.

Hujan lebat berterusan mengakibatkan lima rumah dihuni tiga keluarga di sekitar Kampung Sungai Sireh dinaiki air akibat banjir kira-kira pukul 8.26 malam tadi.

Dalam pada itu, Habibah yakin mampu mempertahankan kubu kuat BN yang tidak pernah tewas berkenaan.

“Berdasarkan kempen pilihan raya selama  seminggu ini, saya mendapati sokongan akar umbi dan rakyat amat positif.

“Fokus saya hanya satu iaitu meneruskan legasi dan kesinambungan Tanjong Karang sebagai benteng terakhir parti di Selangor sejak sekian lama,” ujarnya.

Tambah Habibah, beliau akan turun padang menemui seramai mungkin rakyat terutama golongan belia.

“Saya turut menggunakan pendekatan bersama bantuan persatuan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendekati pengundi.

“Bagi saya, jurang antara pemimpin itu perlu diamalkan menerusi pendekatan mengutamakan kebajikan dan mesra rakyat,” katanya.

Kerusi Parlimen itu menyaksikan pertembungan lima penjuru dengan turut ditandingi Datuk Dr. Zulkapferi Hanafi (PN); Siti Rahayu Baharin (PH); Azlan Sani Zawawi atau Lando  (GTA) dan calon Bebas, Mohd. Rosni Mastol.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berjaya mempertahankan kemenangan kerusi itu sejak 1995 melalui PRU9 hingga PRU14. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya