Generasi ketujuh Mahsuri kembali lagi ke Langkawi - Utusan Malaysia

Generasi ketujuh Mahsuri kembali lagi ke Langkawi

WAN Aishah Wan Nawawi (belakang, tengah) bersama Nasaruddin Abdul Muttalib (belakang, kanan) bergambar bersama peserta Pertandingan Pakaian Klasik yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-20 Langkawi SkyCab di Langkawi. -UTUSAN/NUR AMALINA AZMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kehadiran waris ketujuh Mahsuri bersama ahli keluarganya di Pertandingan Pakaian Klasik sempena Hari Mahsuri di sini hari ini menarik perhatian ramai.

Wan Aishah Wan Nawawi, 37, berkata, dia mendapat sambutan baik penduduk Langkawi semasa hadir ke program tersebut yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-20 Langkawi SkyCab di Oriental Village.

“Setiap kali ke Langkawi, tempat pertama yang saya melawat adalah Makam Mahsuri. Saya rasa seperti pulang ke rumah setiap kali ke Makam Mahsuri,” katanya ketika ditemui pemberita pada program tersebut.

Wan Aishah ditemani suaminya, Alee Tongyon, 40, dan anak lelaki mereka, Abdul Matin Alee, 6, disambut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib.

Wan Aishah, keturunan ketujuh Mahsuri dikatakan menamatkan sumpahan Mahsuri pada pulau lagenda itu apabila pulau itu mendapat status bebas cukai setahun selepas dia dilahirkan pada 1986.

Sementara itu, Nasaruddin turut menyatakan kehadiran waris Mahsuri ke program tersebut akan membantu industri pelancongan di sini.

“Kita dapat menghayati dan mengenang kembali kisah Mahsuri yang begitu sinonim dengan Langkawi. Dengan kehadiran waris Mahsuri diharapkan dapat memberi bantuan dan sokongan kepada industri pelancongan di sini,” ujarnya.

Sementara itu, Langkawi SkyCab yang mengendalikan perkhidmatan kereta kabel mencatat 15 juta pengunjung sejak pembukaannya pada 20 tahun dengan 605,000 orang direkodkan tahun ini sahaja.

“Jumlah tersebut bersamaan kira-kira 36 peratus pengunjung yang memasuki Langkawi sepanjang tahun ini, kira-kira 13 peratus adalah warga asing yang turut mewakili peratusan pengunjung antarabangsa yang datang ke Langkawi pada tahun ini,” katanya.

Kereta kabel tersebut adalah produk pelancongan utama di pulau ini kerana sering mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi berbanding produk pelancongan lain yang ditawarkan.

Nasaruddin berkata, sehingga 12 November lalu, pulau ini mencatatkan 2.1 juta pelancong. – UTUSAN  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya