Empat calon cabar Loke Siew Fook di Seremban - Utusan Malaysia

Empat calon cabar Loke Siew Fook di Seremban

CALON-calon ahli Parlimen Seremban dari kiri Loke Siew Fook; Mohd. Izzat Lesley, Wong Yin Ting, Mohamad Jani Ismail dan Mohd. Fadli Che Me di Pusat Penamaan Calon di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook disaingi empat calon lain bagi merebut kerusi Parlimen Seremban pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau yang mewakili Pakatan Harapan (PH) menerima cabaran daripada calon Barisan Nasional, Wong Yin Ting, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Fadli Che Me, calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Mohamad Jani Ismail dan calon Bebas, Mohd. Izzat Lesley.

Seorang lagi calon Bebas pula ditolak permohonannya.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Seremban, Datuk Masri Razali di Pusat Penamaan Calon di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di sini hari ini.

Sementara itu, Siew Fook ketika ditemui pemberita berkata, beliau menganggap tiada sebarang kejutan apabila terdapat lima penjuru pada PRU15 kali ini.

“Kami sudah biasa beberapa penjuru. Saya akan sedaya upaya mempertahankan Parlimen Seremban berdasarkan rekod perkhidmatan saya yang sudah bertanding selama tiga penggal dan yakin pengundi akan tetap terus memberi sokongan kepada PH.

“Sejujurnya saya tidak berapa kenal masing-masing. Semua calon ada hak berkempen,” katanya lagi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, kerusi Parlimen Seremban itu dimenangi oleh Siew Fook dengan majoriti 30,694 undi.

Terdapat seramai 157,244 orang pemilih berdaftar di Parlimen Seremban meliputi pengundi Melayu, 51.57 peratus, pengundi Cina 31.7 peratus dan pengundi India 13.82 peratus.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya