Eddin Syazlee dicabar empat calon di Kuala Pilah - Utusan Malaysia

Eddin Syazlee dicabar empat calon di Kuala Pilah

MOHD. Faizal Abdul Manap (tiga dari kiri) bersama kesemua calon yang akan bertanding di Parlimen Kuala Pilah iaitu dari kiri, Eddin Syazlee, Adnan, Azman (tiga dari kanan), Nor Azman (dua dari kanan) dan Kamarulzaman (kanan).-UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Penyandang Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith dicabar empat calon lain dalam pertandingan merebut kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau yang mewakili Perikatan Nasional (PN) menerima cabaran daripada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Adnan Abu Hassan dan calon Pakatan Harapan (PH), Nor Azman Mohamad.

Turut memberikan saingan dalam pertembungan lima penjuru itu ialah, calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Kamarulzaman Kamdias dan wakil parti Warisan, Datuk Azman Idris.

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap di Pusat Penamaan Calon, di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kerusi Parlimen Kuala Pilah dimenangi oleh Eddin Syazlee yang pada ketika itu bertanding atas tiket PKR dengan majoriti tipis 200 undi.

Terdapat seramai 63,247 orang pemilih berdaftar di Parlimen Kuala Pilah pada PRU15 kali ini.- UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya