Dua sahabat maut, motosikal dinaiki bertembung kereta - Utusan Malaysia

Dua sahabat maut, motosikal dinaiki bertembung kereta

KEADAAN kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di jalan besar Palong 7,8 - Palong 4,5,6, Jempol malam semalam.-GAMBAR/IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Dua sahabat maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta dalam nahas di jalan besar Palong 7,8 – Palong 4,5,6, di sini, malam semalam.

Mangsa, penunggang motosikal, Sariffudin Rozali, 35, dan pembonceng, Azamatul Alia Ismail, 28, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kemalangan kira-kira pukul 9.35 malam itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ yang dinaiki kedua-dua mangsa dan kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh seorang lelaki berusia pertengahan 20-an.

Jelasnya, berdasarkan siasatan, motosikal berkenaan dalam perjalanan dari arah Palong 7,8 menghala ke Palong 4,5,6 manakala kereta berkenaan pula dari arah bertentangan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, semasa pemandu kereta telah memotong sebuah kenderaan di hadapannya tetapi pada masa yang sama datang motosikal yang dinaiki serta dibonceng mangsa dari arah bertentangan.

“Berlaku pertembungan dari arah hadapan. Akibat kemalangan tersebut, penunggang dan pembonceng motosikal telah mengalami cedera parah di kepala dan anggota badan dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Jempol bagi proses bedah siasat manakala pemandu kereta pula hanya mengalami luka di bahagian tangan kanan. 

“Pemandu kereta itu telah ditahan dan permohonan reman akan dibuat pagi ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya