Dua melecur dalam kebakaran rumah teres - Utusan Malaysia

Dua melecur dalam kebakaran rumah teres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita melecur selepas kediamannya terbakar dalam kejadian di Batu Caves di sini pagi tadi. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Selangor menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.58 dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak dan BBP Selayang  dihantar ke lokasi kejadian. 

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kebakaran melibatkan 20 peratus di sebuah bilik tingkat atas di kediaman jenis teres dua tingkat. 

“Ketika tiba, terdapat wanita berusia 61 tahun yang melecur dan telah diberikan rawatan awal manakala seorang wanita berusia 20 tahun cedera ringan. 

“Api berjaya dipadam sepenuhnya dan operasi tamat pada 10.20 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya