DAP tanding 8 DUN, 4 Parlimen Pahang, 3 calon Melayu

DAP tanding 8 DUN, 4 Parlimen Pahang, 3 calon Melayu

ANTHONY LOKE bersama barisan calon DAP bagi DUN dan Parlimen di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: DAP akan bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat Parlimen di negeri ini dengan menampilkan tiga muka baharu termasuk dua calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tiga muka baharu itu adalah calon muda, Ho Chi Yang, 27, yang bertanding di kerusi DUN Tanah Rata; Muhammad Khairil Khalid (DUN Pulau Manis) dan Thomas Su di DUN Ketari.

Selain itu DAP turut bertanding di lima lagi kerusi DUN Pahang dalam pilihan raya umum kali ini iaitu Tras, Mentakab, Sabai, Triang dan Bilut.  

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang juga calon DAP di kerusi Parlimen Lipis turut dicalonkan bagi DUN Tras.

Bagi kerusi DUN Mentakab, Sabai, Triang dan Bilut pula, DAP mengekalkan penyandang kerusi iaitu Woo Chee Wan, D. Kamache, Leong Yu Man dan Lee Chin Chen.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, PRU15 kali ini menyaksikan jumlah kerusi ditandingi DAP di Parlimen dan DUN di Pahang meningkat satu kerusi iaitu Parlimen Lipis dan DUN Pulau Manis.

Katanya, calon yang dipilih DAP di Pahang juga adalah daripada pelbagai kaum termasuk tiga calon Melayu iaitu Young Syefura, Tengku Zulpuri dan Mohammad Khairil.

Anthony pada 26 Oktober lalu mengumumkan empat calon daripada parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen di Pahang. 

Mereka ialah Young Syefura Othman (Bentong), Chow Yu Hui (Raub), Chiong Yoke Keong (Cameron Highlands) dan Tengku Zulpuri di kerusi Parlimen Lipis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya