DAP namakan calon di Pontian

DAP namakan calon di Pontian

BARISAN kepemimpinan tertinggi dan calon-calon bergambar selepas Majlis Pengumuman Calon Harapan/DAP sempena Pilihanraya Umum ke-15, di Selangor Chinese Assembly Hall, di sini hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: DAP bertanding 55 kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU15) termasuk satu kerusi tambahan di Pontian yang sebelum ini merupakan kerusi yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum yang  lalu. 

Menurut Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Sabtu lalu. 

“Kami diberikan satu kerusi tambahan selepas kami minta daripada PH iaitu satu lagi kerusi di Johor dan diputuskan kami mendapat kerusi Pontian. 

“Pada awalnya, kami mahukan kerusi Sembrong, namun, PKR tidak bersedia untuk melepaskan kerusi itu dan memberikan kami Pontian sebagai ganti. Kami menerima tanpa bantahan.

“Walaupun Pontian merupakan kawasan majoritinya Melayu, namun, saya tidak rasa ia isu besar kerana pada pusingan ini (PRU15), terdapat beberapa kawasan majoriti Melayu lain yang kami turut bertanding,” jelasnya. 

Anthony berkata demikian selepas menyerahkan watikah pencalonan PH di Kuala Lumpur dan Selangor Chinese Assembly Hall, di sini.

Dalam ucapannya, Anthony berkata, dalam PRU15, DAP meletakkan 14 wakil wanita daripada 55 kerusi Parlimen sekali gus mencapai peratusan tertinggi dalam sejarah pencalonan parti tersebut.

Manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), tujuh daripada 28 pencalonan merupakan wakil wanita yang bakal merebut kerusi di Perak (lima wakil) dan Pahang seramai dua wakil.

“Kita mencapai 25.4 peratus wakil wanita dalam pencalonan kerusi Parlimen. Sejujurnya, masih tidak cukup. Tetapi saya berani katakan, dari segi peratusan kami paling tinggi. Jauh lebih besar dari Barisan Nasional.

“Di setiap peringkat, kami ingin memastikan ada penglibatan wakil wanita. Malah, purata umur calon yang bakal bertanding juga 45 tahun. Calon-calon DAP muda-muda belaka.

“Kami tidak akan berhenti di sini. Bantuan dan kerjasama pemimpin wanita akan membawa visi dan misi kita ke peringkat lebih tinggi. Usaha ini akan diteruskan supaya dapat memperkasakan kepimpinan sedia ada,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya